"Engkau gilakah Hajar! Engkau ditinggal tanpa sekelumit bekal di tanah kontang. Tiada manusia lain selain bayi engkau. Padang pasir sepanas bara dan berhaba seperti dibakar matahari. .... Anak engkau hanya bayi. Makin bertambah kesukaran engkau...Engkau berlari ke sana ke mari, lapar, haus.... anak engkau hampir kebuluran, engkau bersendirian, berjuang untuk hidup ... Manusia apakah dia? ... Ditinggalkan anak dan isterinya di tempat tiada makanan, tiada manusia, tiada bumbung... kepala umpama dipayungi bara, kaki umpama disalai api....Engkau disiksa jiwa, dan didera tanpa makan dan perlindungan. Nah!!! bila engkau dah jumpa air, bila engkau dah selesa dengan tempat ini, anak engkaupun besar, dah mula remaja, dah boleh bantu engkau... dia datang bagitahu engkau, dia nak sembelih anak engkau, dia nak siksa engkau lagi, dia nak pedihkan hati engkau lagi...dan dia kata.. arahan itu datang dalam mimpi... engkau boleh percaya ke laki engkau, Hajar... bukan gila ke namanya itu. Engkau besarkan anak begitu tersiksa sekali....Tak mungkin ada manusia boleh mengatasi derita engkau dari wujud dunia hingga akhir dunia,... engkau nak biarkan dia bunuh satu-satunya milik engkau, fikirlah Hajar" agaknya itulah bisikan syaitan ke fikiran Siti Hajar ketika Nabi Ibrahim memberitahu Hajar bahawa Allah mewahyukan baginda untuk menyembelih anak mereka, Nabi Ismail.
"Ibrahim seorang Rasul dan baginda berbuat semata-mata kerana Allah. Aku tidak perlukan logik kamu untuk mencari kebenaran" agaknya itulah bidasan Siti Hajar ketika dia menolak mentah-mentah usul syaitan.
Besok kita merayakan Hari Raya Qurban. Menghayati Peristiwa dimana Allah menggantikan qibas atas keluhuran Nabi Ismail yang hampir menyembelih Nabi Ibrahim demi perintah Allah. Tidak pernah ada logik dalam pengorbanan dan keikhlasan hakiki.
KUASA OPRAH
10 hours ago
